Checklist Persiapan Untuk Bakal Pengantin, Baru Tak Pening Kepala!

Persiapan perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak perkara perlu diambil berat dan dilakukan sebelum majlis perkahwinan bermula. Bakal pengantin pun dah mula pening kepala memikirkan segala hal yang tak selesai. ,Mana taknya, kalau terlepas pandang habislah majlis idaman untuk bakal pengantin.

Jadi, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingin berlaku pada hari bahagia nanti, mari kami kongsikan checklist persiapan untuk bakal pengantin. Tak payah pening kepala dah lepas ini.

 

CHECKLIST PERSIAPAN UNTUK BAKAL PENGANTIN

Cuma nak share senang untuk bakal bride yang nak buat persediaan perkahwinan. Harap dapat membantu yang mana nak buat persiapan tu.

6-12 BULAN SEBELUM MAJLIS

  • Urus Budjet dengan bijak
  • Rancang aturcara majlis
  • Tempah lokasi majlis
  • Tempah pakej perkahwinan
  • Tempah photographer & videographer
  • Bincang barang hantaran
  • Pilih katerer

 

Berminat untuk pakej Photography? Boleh klik HERE.

5 BULAN SEBELUM MAJLIS

  • Pemeriksaan HIV
  • Urus dokumen permohonan pernikahan
  • Beli barangan hantaran
  • Mohon cuti

3 BULAN SEBELUM MAJLIS

  • Serah dokumen di pejabat agama
  • Pastikan kelengkapan siap ditempah
  • Pilih baju Majlis anda
  • Bincang dengan pihak katerer & food testing
  • Tempah kad Kahwin
  • Bincang barangan untuk goodies
  • Pre-Wedding Photoshoot

 

Berminat untuk pakej Pre-Wedding? Boleh klik HERE.

1 BULAN SEBELUM MAJLIS

  • Hubungi dan semak status permohonan nikah
  • Senarai tetamu yang akan dijemput
  • Agihan kad kahwin
  • Rancang kedudukan tempat duduk tetamu
  • Tempah juru Inai
  • Gubah dekorasi hantaran

2 BULAN SEBELUM MAJLIS

  • Sahkan kehadiran pendaftar pernikahan
  • Pastikan urusan dan prosedur pernikahan selesai
  • Sediakan duit bayaran jurunikah, saksi dan lain-lain
  • Hias bilik pengantin
  • Rancang tentatif majlis anda.
  • Sahkan semua perincian pelamin, catering dan lain-lain

 

Tips Gambar Cantik!

Pastikan pelamin berada di kedudukan yang luas untuk memudahkan photographer mengambil gambar. Elakkan berada di kawasan sempit, dihalang tiang rumah & berbumbung tinggi . Pemilihan warna bunga yang lebih pastel & menimbulkan pakaian pengantin. Elakkan juga penggunaan “Spotlight” yang pelbagai warna & fokus pada muka pengantin.

1 HARI SEBELUM MAJLIS

  • Berinai
  • Pastikan pakaian untuk majlis siap di iron
  • Rehat dan tidur awal

Semoga urusan anda dipermudahkan!

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon doa restumu…. Berkatilah majlis perkahwinan ini, Berjalan dengan sempurna seperti mana yang Engkau kehendaki, Dan semoga jodoh perkahwinan ini akan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat. Amin, Ya Rabbal Alamin…”

 

Sumber : Siraplimau.com